My Online Life ♥
OwnerFriendsFreebiesStory

________________________________________________________________________________________
May 7, 2013 | 8:02 AM | 0 Atasinchi

And morning! Lily rindu sangat bloggy tau! Dah lama tidak ketemu sejak beberapa bulan yang lepas. After this, lily akan sentiasa update blog dengan cerita cerita  yang hangit lagi senget. Hahaha. Just kidding you blogger-emoticon.blogspot.com! Buat masa ni cerita terbaru lily, lily sudah lepas dengan temuduga upu iaitu temuduga senibina landskap. Akan datang lily akan update cerita pasal temuduga lily tuh. Huhuhu. Skang ni lily nak lepaskan rindu dekat bloggy lily ni dulu. :5:  Lily sanggup tau bangun awal awal pagi sebab nak update blog ni. Yela nama je ada blog tapi tak berupdate, lama lama berhabuk lah blog lily ni. Kesian blog lily ni nanti. Okayylah lily nak breakfast dulu, so hungry mungry sangat ni. Today lily nak breakfast.... BURGER! Yeahhh! 
Nah ambik ni



Hahaha. Besarnyee burger ni :131: ! Ohh tidak. Lily sudah tahap kritikal ni dah lapar gila babeng. Lily out dulu :face75:
________________________________________________________________________________________
Mar 7, 2013 | 1:25 PM | 0 Atasinchi

Hai hai ! Hari ini lily nak kongsi tentang senyum :) *Senyum tak perlu kata apa-apa 
Senyum itu memang hebat..memang ceria..memang penting...memang best..kalau ada senyum...disitulah ada bahagia..
Kita ada banyak senyum..dan senyuman itu ada rahsia disebaliknya...Dan dengan senyuman ini kita boleh mendapatkan pahala. Senang kan ? Hehehe. Okay , sekarang lily nak share jenis-jenis senyum yang ada kat dunia ni. Check it out ! 

1. Senyum Bajet Cute


senyuman jenis ni biasanya dimiliki oleh orang yang berlagak  hebat.tak pun selalu dipamerkan oleh orang yang kerap tersipu-sipu apabila diusik oleh kutu-kutu jalanan.senyuman jenis ni selalu macam sengaja naikkan pipi kembung dengan mengecilkan luas bukaan mulut.

2. Senyum Kambing


jangan silap ya >>>>>.tidak hanya kambing yang mampu mempamerkan senyuman begini.senyum ni selalunya bermaksud mengejek atau memperli.
contoh ayat: "comel siot awek tu!"kata Ali sambil tersenyum kambing.
amacam?paham?kalau tak paham,nanti saya cubit pipi tu :P

3. Senyum Orang Tua yang Berhikmah


Haha.muka dia memang macam orang tua yang bermisai janggut kan?contoh situasi yang dapat kita lihat apabila anak gadis yang sedang tersipu-sipu ketika menerima rombongan lamaran dari jejaka pilihan hati.abahnya tersenyum penuh hikmah,paham yang anak gadis dia tengah over eksaited!


4. Senyum Hati Girang


Senyuman macam ni sebagai senyuman penuh.apabila kita nampak keseluruhan baris gigi dia,tu maksudnya hati dia tengah girang.senyuman ni jugak nampak ikhlas berbanding jenis-jenis senyuman yang lain!

5. Senyum Orang Alim


tengok sini ya>>>.senyuman orang alim memang manis sekali.sejuk je mata kita tengok.Mereka ni senyum sikit je.tapi aura tu terpancar di muka .macam mana nak dapatkan aura ni pulak ?
ya betul tu ..wudhuk selalu ya..


6. Senyum Malu tapi Mahu


pepatah yang paling sesuai ialah malu-malu kucing.contoh ayat yang Saya bagi di sini ialah:
"ayang,nak makan nasi  tak?"
"nakkk...."  ---------> sambil tersenyum manja


7. Senyum simpul


Senyum simpul ni selalu terjadi time kita dipuji oleh seseorang kadang-kadang sampai berbelit-belit kita senyum tapi masih cover gigi yang kuning tu. :)

8. Senyum bahagia


Kalau terlebih senyum ni boleh hantar hospital bahagia. Senyum macam ni sekali sekala boleh la, kalau tiap saat macam ni orang kata kita gila. 

Okay , hanya itu yang mampu lily share :) So , senyum lah selagi boleh senyum ye. Senyum sokmo lah ! Hehehe. p/s : semua yang lily share hanya copy semata-mata untuk paparan semua :) Au revoir !!!
________________________________________________________________________________________
| 12:36 PM | 0 Atasinchi
Assalamualaikum semuanya ^_______________^
Hari ini lily nak share something tentang persahabatan :) 



Semua orang pasti ada kawan kan? malah kita pun sedang berkawan sekarang, berkongsi cetusan rasa dan pandangan. memang seronok jika berkawan dan berkasih atas nama perjuangan.. Kepentingan berkawan tidak perlu dibahaskan lagi, semua menyedari akan kepentingnnya. tanpa sahabat, kita akan kesunyian. ehmm.. apa pandangan islam mengenai sahabat?
Islam lebih terbuka dan memandang begitu tinggi makna sahabat sehingga mengangkat martabat sahabat sebagai saudara. Kita digalakkan berkawan sesama kita selagi mana tidak mengundang fitnah. "berkawan biar beribu.."  makin ramai kawan kita, makin indah hidup kita. Okay, jom kita selami erti persahabatan dari sudut pandang islam pula. Pasti menarik untuk dikongsi.
Islam tidak membataskan "sahabat antara sesama manusia sahaja. Kita boleh bersahabat dengan haiwan, tumbuhan, serta semua makhluk ALLAH yang lain. Namun, sudah tentu implimentasinya tidak sama seperti bersahabat dengan manusia. Janganlah sampai ajak kucing tengok wayang pula ye :D 



Islam turut mengambil berat kriteria seorang sahabat. Firman ALLAH dalam surah Hud, ayat 113, m/s 234, yang bermaksud "janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka......."
Disini kita dapat fahami bahwa sahabat yang baik itu mampu membawa kita dekat dengan jalan kebaikkan, sahabat yang tidak baik, boleh menyebabkan kita disentuh api neraka. Ayat ini mengajar kita agar berhati2 memilih sahabat. Seperti sabda nabi juga, "sesiapa yang bersahabat dengan tukang besi akan mendapat habuk besi itu, sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan terpalit bau minyak wangi itu.."
Adakah ini bererti kita tidak boleh melayan sahabat2 yang kurang mengambil berat dengan islam? Andai kita punyai ramai kawan yang demikian, kita perlu jadikan ia alasan untuk kita masuk syurga, bukan jadikan ia penyebab kita disanbar neraka. Bagaimana? Dakwah lah dengan hikmah. Sudah tentu mereka susah menerima teguran andai kita menegur dengan lantang. Jadilah seperti air. Air akan berubah bentuk mengikut persekitarannya. Bila dimasukkkan dalam cawan, ia berbentuk didalam cawan. bila dituang kedalam piring, ia akan membentuk memenuhi piring. Jalal al Rumi pernah berkata, "apabila sungai bertemu laut, ia akan menjadi laut, tidak lagi menjadi sungai......." 
Begitu juga kita. Katakan ayat2 dakwah yang tidak menyentuh hati mereka dan meragut terus minat mereka untuk mendalami islam. Imam Hasan Al Bana pada suatu hari pernah memasuki disco. Didalamnya beliau berdiri memegang microfon lalu berdakwah tatkala orang2 didalam disco itu sedang mabuk, leka dengan lagu2.. Namun, kata2 hikmah imam hasan al bana mampu membuat semuanya berhenti, terkedu, dan menangis. Akhirnya, disco itu bertukar menjadi pusat dakwah. Kita jangan sesekali merasa diri kita mulia dan orang lain tidak. Kerna yang mebezakan kita semua hanyalah taqwa. Dan taqwa itu tidak boleh diukur dengan termometer. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh muslim, "sesungguhnya ALLAH menolong hanba-NYA, seperti apa yang hamba itu menolong saudaranya." Inilah konsep bersahabat sesama manusia mencetus cinta pada yang ESA.



Kita disaran agar mendekatkan diri dengan ulama'.Lihat bagaimana kisah nabi Musa a.s berdamping dengan nabi Khidir, untuk apa? belajar dan bersahabat. Itu matlamat bersahabat dalam islam.. "ulama' itu perwaris nabi". kita harus mengambil peluang mendampingi ulama'. Pada suatu hari, Abu Yazid pernah ditanya oleh seorang lelaki, "Nasihatkan saya tentang amalan yang mampu membawa saya dekat kepada ALLAH"
Abu Yazid menjawab, "kasihlah {bersahabat} dengan orang yang mengasihi ALLAH, dan cuba ambil tempat dalam hatinya, kerna ALLAH akan melihat kedalam hati para kekasihnya 360 kali sehari, jika namamu terdapat didalamnya, kamu akan diampunkan,..."

Subhana ALLAH.. hebatnya kasih sayang ALLAH.. dan bertapa bermanfaatnya sebuah persahabatan yang utuh dengan orang beriman.
Kawan-kawan semua, binalah sillaturahim sesama kita. Nabi s.a.w pernah bersabda, "sesiapa yang memutuskan silaturahim tidak akan masuk syurga walaupun dia mati ditengah2 tapak kaabah"
Hari ini kita mengerti akan pentingnya bersahabat dalam islam. Islam itu lengkap dengan pelbagai cabang. Terokalah ia, pasti kita akan ketemu warna2 kehidupan yang cukup benilai.
Akhir sekali, saya ingin memetik sebuah kata2 dari Syeikh Sa'di Shirazi yang berbunyi, "anjing yang menjadi rakan didalam gua diberi penghargaan kerana bersama-sama mereka[ashabul kahfi], malah ia disebut didalam Al Quran, dan menjadi sebahagian daripada sejarah...."
Ertinya, dengan sahabat kita boleh menjadi mulia walaupun kita hina, dan dengan sahabat kita boleh jadi hina walaupun kita mulia..
Selamat bersahabat ya sahabat...! Waallahualam :)


p/s : Segala yang diceritakan hanya copy paste sahaja untuk paparan semua :)



________________________________________________________________________________________
Mar 6, 2013 | 9:47 PM | 0 Atasinchi
Assalamualaikum ^______^ Hari ini lily nak share tips nak lupakan ex-couple kita. So enjoy yourself :))

Intro pasal PUTUS CINTA :
Putus cinta merupakan sesuatu perkara yang menyakitkan. Melupakan orang yang kita sayang dan cintai sangat susah dan rumit. Lebih susah jika itu adalah cinta pertama. Cinta pertama merupakan satu perasaan yang pertama hadir di dalam hidup. Mana mungkin melupakan perasaan pertama itu dengan mudah. Namun, kita perlu akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodoh itu adalah ketentuan-Nya. Panduan dibawah ini mungkin membantu anda melupakan bekas kekasih.

Tips-tips nak lupakan ex kita ialah_

1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam yang memeritkan itu.

2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tidak terluka.

3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.

4. Sibukkan diri
Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.



5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh menjejaskan kesihatan.



6. Elakkan bersendirian
Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk mendapatkannya.

7. Pergi beriadah
Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.



8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat itu.

9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.



10. Percaya kepada jodoh
Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari. Terimalah hakikat bahawa dia bukanlah lagi jodoh anda.

Semua tips-tips kat atas ni hanya lily copy sahaja dari admin yang lain :) Harap tips-tips ini berkesan untuk awak-awak semua ye ^____^ Waallahualam . Au revoir ! 
________________________________________________________________________________________
Mar 3, 2013 | 9:07 PM | 0 Atasinchi
Assalamualaikum ^^' 
Hari ini aku nak update pasal last jamuan class aku tahun lepas. Hahaha :D Baru nak berupdate tahun ni , almaklumlah blog baru :) Tak ada ape yang menarik pun pasal party class kitaorang ni , tapi dia boleh dijadikan sweet moment bagi aku lah . Kot ? Hehehe. Btw , tak ada benda nak diceritakan so aku just nak share gambar-2 yang disnap masa jamuan itu :) Have fun .

Kaum Hawa yang yang manis tersenyum :)

Kaum Adam buat muka macho :P

Tiga dara yang cun cun belaka ☺

Tiga teruna yang tampan lagi encemm XP

Yang terhormat ketua kelas Encik Nabil Naufal :P

Kami last batch SPM_kelas HHL 2 ♥

Macho gitu cikgu khairul sambil diapit dengan dayang-2 nyee :) 

________________________________________________________________________________________
Feb 25, 2013 | 12:18 PM | 0 Atasinchi
Annyeonghaseyo bloggy !! 
Hehehe. Hari ini aku nak update pasal boyfriend aku ><" KIM BEOM . Dia ni cute sangat-2 !!! Bila dia senyum , adusssh melting aku tau. Hahaha . And aku nak update banyak-2 pic dia siap dengan biodata dia sekali :)) Memang dah jatuh hati sangat kat mamat korea ni , hee  . Yang paling aku suka sekali , aku follow dia kat TWITTERRR !! Hahaha :DD Obses gila aku kat Kim Beom ni :P Huhuhuhu. Ala , biasalah kalau dah minat memang macam ni kan ??? Okay , aku nak list kan biodata dia :)) .

Biodata Kim Beom ♥


Real Name: Kim Sang-beom
Date of Birth: 07 July 1989, Seoul, Korea
Height: 5? 90” (1.80 m)
Hobby: Playstation, Watching movie
Personal Homepage: cyworld (Korean)
Fanclub Site: Daum (Korean)
Official Site: None
Agency: Iyagi Entertainment
Filmography: Boys over flowers (2009)   more at Naver (Korean)

Now , aku nak letak pic dia kat bloggy aku ni , hehehe.







Comelkan Kim Beom ni ??? Hehehe. Okaylah , itu sahaja mahu disharing kan :)) Sarangheo Kim Beom ♥ annyeonghi gaseyo !!






________________________________________________________________________________________
Feb 21, 2013 | 11:05 AM | 0 Atasinchi
Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia :D 
Hari ini aku nak share pic-pic yang aku dah edit semalam and hari ini . Saje je nak mengEDIT gambar-2 ni semua , tak ada benda nak buat kat rumah -.- Sampaikan gambar orang lain pun aku edit tau XP , hahaha . Dia bagi aku pun jalan jelah , huhuhu . Jom kita tengok gambar yang telah aku ubah suai di bawah ini :)) Check it outt !!





Hahaha :D Jangan pikir lain tau !! Ini hanya sekadar gambar yang aku tolong edit :) Walaupun aku ni bukan pakar dalam mengEDIT gambar tapi boleh lah aku reti sikit-sikit . Just untuk mengisi masa lapang yang terbuang okay ^^' #IniSemuaPoyo !! Byebye .

REWIND ME THE PAST |

_______________________________________
◕ Tik Tok ◕


3| | | Masa itu emas | | |4
_______________________________________
◕ Bonjour ! ◕


Assalamualaikum:)Saya harap hari-hari saya yang seterusnya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.Terima kasih ^_^
✿So sweet like a chocolate✿.
♥ I'm just ordinary girl who was only able to smile with everyone ♥ __________________________________
◕Talk Talk ◕


__________________________________
◕My Dream◕

Photobucket
Ohseem SPM result
Landscape Designer
To be a solehah daughter
Go to the Makkah
__________________________________
◕My Post◕

get this widget here

__________________________________
◕Owner◕


Owner : Suhaily Manos
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google


My Online Life